2 pasukan keluar liga

.
Di saat-saat akhir sebelum Kejohanan Bolasepak Liga Subang bermula, dua buah pasukan dari 40 buah pasukan yang dijangka akan bertanding, telah menarik diri.

Dua pasukan tersebut adalah pasukan Taman Usaha Jaya dan pasukan Belia 4B Subang.

Difahamkan punca dua pasukan ini menarik diri adalah kerana masalah teknikal dari segi penyenaraian pemain.

Ekoran dari penarikan diri pasukan tersebut, pihak FAS terpaksa menjadualkan semula semua perlawanan.

Sementara itu, pasukan-pasukan yang bertanding telah dibenarkan untuk membuat pertukaran barisan pemain sehingga 31 Disember 2009. Selepas dari itu, semua barisan pemain yang didaftarkan adalah kekal.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.