KOTA DAMANSARA, 6 Disember 2009 - Hujan yang turun hampir setiap hari dalam masa beberapa minggu yang lepas telah menyebabkan padang di Seksyen 7, Kota Damansara berlopak di sana sini.
Seorang pemain menggambarkan bermain di dalam keadaan padang sedemikian seakan-akan bermain di dalam bendang sawah padi yang berlumpur.
Selain terpaksa bergelumang dengan air berlumpur, kesukaran untuk mengawal bola dalam keadaan padang berlumpur juga memberikan tekanan kepada para pemain yang tidak dapat memberikan persembahan mereka yang terbaik dalam perlawanan.
Lebih teruk lagi, tekanan serta rasa tidak puas hati dengan keadaan padang sedemikian dikatakan telah menyebabkan satu pergaduhan antara dua pasukan dalam satu perlawanan dua minggu yang lepas.
Setelah mengkaji kembali kesesuaian penggunaan padang Seksyen 7, Kota Damansara ini serta bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berulang, maka pihak penganjur mengambil keputusan untuk memindahkan semua perlawanan yang dijadualkan untuk diadakan di padang tersebut ke lokasi baru iaitu di padang Institut Getah Malaysia, Sg. Buloh.
ini merupakan satu cadangan yang cukup bagus... mutu permainan bola sepak tersebut kadang kala boleh ditentukan melalui kualiti padang...
BalasPadam