Keputusan Perlawanan: 17 Januari 2010

.
Kemaskini 18/01/2010: Pengurus pasukan PAYA JARAS BARAT akan dipanggil mengadap Jawatankuasa Pertandingan pada hari Rabu, 20 Januari 2010, jam 6.30 petang.


Perlawanan pada hari ini dicemari dengan insiden pengadil ditumbuk oleh pemain dan pegawai pasukan PAYA JARAS BARAT yang bertemu dengan pasukan ABC ALL STAR di padang Paya Jaras Hilir.

Diceritakan bahawa kejadian berpunca dari perasaan tidak puas hati apabila pengadil melayangkan kad kuning kepada pemain PAYA JARAS BARAT kerana menumbuk pemain ABC ALL STAR, kemudian pemain tersebut dilayangkan pula kad merah kerana pernah menerima kad kuning sebelum ini (di dalam cerita versi lain menyatakan bahawa selepas menerima kad kuning, pemain berkenaan bertindak memaki pengadil menyebabkan pengadil melayangkan pula kad merah kepada pemain tersebut).

Keadaan menjadi lebih tidak terkawal apabila beberapa orang penonton dan penyokong pasukan berkenaan bertindak masuk ke dalam padang.

Pengadil yang ditumbuk itu bertindak membuat laporan polis ekoran ugutan yang diterimanya dari pegawai pasukan PAYA JARAS BARAT.

Perlawanan dihentikan pada minit ke 47 dengan keputusan seri satu sama.

PAYA JARAS BARAT yang telah bermain dalam enam perlawanan sebelum ini, menduduki tangga pertama dalam Kumpulan C. Walaubagaimanapun, kini pasukan ini terpaksa menghadapi kemungkinan digugurkan dari kejohanan akibat dari insiden menumbuk pengadil tersebut. Mereka perlu menunggu keputusan dari Jawatankuasa Pertandingan yang akan menentukan kedudukan mereka di dalam Kejohanan Bolasepak Liga Subang musim ini.

Berikut adalah keputusan perlawanan pada hari ini :

  • Uptown Spider (3) - (2) Subang Perdana FC
  • Kotaku Bersatu (0) - (8) Subang Setia Junior FC
  • Gajah Perdana (0) - (2) Kg Melayu Sg Buloh
  • Kelab Bolasepak Pemuda Subang (1) - (0) Buloh Segar FC
  • Otai FC (0) - (2) Ara Utama

10 ulasan:

  1. singkir je trs paya jaras barat!! disiplin takde lgsg. bola sepak perlu disiplin br blh maju.

    BalasPadam
  2. blacklist kan je team ngan player yg mencetuskan kekecohan utk liga akan datang.baru padan muka.kalah ke menang ke tetap bergaduh.tak ada semangat kesukanan langsung.

    BalasPadam
  3. Wira Subang18/1/10 8:33 PTG

    Mari kita kutuk sekeras-kerasnya perbuatan melampau pemain, pegawai dan penyokong yang bersikap seperti pengganas sepertimana kita mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang dilakukan oleh mereka yang menyerang rumah-rumah ibadat.

    Mereka berpeluang untuk jadi juara kumpulan dan liga tapi sanggup menggadaikan peluang mereka kerana hilang pertimbangan. Begitu jugalah negara kita ini yang boleh menjadi lebih makmur dan maju tetapi cuba disabotaj dan digadaikan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya pentingkan kuasa dan wang ringgit untuk diri mereka sendiri sahaja.

    BalasPadam
  4. org bukit memang camtu la..penakut..harap ramai je..main wrestling la klau camni..

    BalasPadam
  5. red indian..

    BalasPadam
  6. sad story, but it happened...

    when a player lose his temper, when the team management can't control their players anymore (sadly even the management also take their part by critizing and threatening referee) this chapter begin..

    where is the passion to play and enjoy playing football. this game is not just about technique and talent,true soccer player must have mentality strenght, team working and temperament control. even how good are we, if we are weak in that aspect, we no one. no respect, this player just making the football look ugly.

    about the team's management, sadly this tragedy also involve police department. less or weak punishment just bring embaressment to Liga Subang football tournement. expecting this team to be punish as they deserve that.

    BalasPadam
  7. fas jgn nak berlembut lg..difahamkan ni merupakan kali kedua paya jaras barat bertindak menyerang pengadil perlawanan..xkan nak tgu sampai ade yg masuk hospital baru nak singkirkan team berkenaan...pe pun,kami berharap paya jaras barat disingkirkan terus..itu saja cara yang boleh melancarkan perjalanan kejohanan..bagi kami,segala rayuan yang akan dikemukakan team yang berkenaan harus ditolak bulat2..kami yakin akan ade pasukan yang akan menarik diri dari kejohanan ini andai fas terus membenarkan paya jaras barat bertanding...

    BalasPadam
  8. PJBB FAN CLUB19/1/10 11:01 PTG

    itu lah bila pjbb cuma protes kat referee minggu sebelum ni org kata referee tak pandai control pemain india ...sekarang ada pulak yang sanggup pukul ref , pemain-pemain india dalam pjbb dah 34 tahun main dalam liga selangor tak pernah ada rekod pukul orang atau refree ...kalau tak percaya check aje dgn fas .. kad merah pun sekeping dalam 5 tahun , kalau main bola mestilah complaint sikit bila ref buat silap tapi jgn sampai sentuh ref... kita kena bersabar ..pihak lawan jugak kawan kawan kita ..

    BalasPadam
  9. Tampal Bola Bocor19/1/10 11:29 PTG

    ni bukan masalah pemain tu india ke melayu ke cina ke...tapi ni masalah pendisiplinan pemain. sapa yang perlu disiplin pemain? sudah tentulah pegawai dan coach dia. cam kata bola bocor, pemain bukan stakat kena ada skill, tapi kena ada kekuatan mental, semangat berpasukan dan tahap kesabaran yang tinggi. semua nilai-nilai ni sebenarnya adalah tanggungjawab coach dan pengurus tuk tanamkan dalam diri setiap pemain dia. ni kalau coach sendiri tunjuk contoh tak baik...pemain atau penyokong apa lagiiiii

    BalasPadam
  10. selangor fan club...

    pada pjbb,jgn nak bangga korg main liga selangor...klu korg dlm bola sepak,kad merah,kad kuning tu perkara biasa...player man united pun byk kne kad merah dalam satu season,ni kan plak payer2 amatur mcm kite smua..xpayah korg nak kecoh2 kat blog ni yg korg main liga sgor...klu korg hebat lain la cite..ni,dgn team ala kadar pun korg leh seri?????...lu org pikir la balik..

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.