Keputusan Perlawanan: 24 Januari 2010

.
PELANGI DAMANSARA mengekalkan rekod tanpa menangnya pada hari ini apabila tewas 0 -2 kepada KG MELAYU SG BULOH.

Manakala OTAI FC menerima kekalahan yang teruk apabila gagal menjaringkan sebarang gol dan turut gagal mempertahankan gawang gol mereka dari dibolosi oleh ABC ALL STAR sebanyak tiga kali.

Cubaan SIA RRI untuk memintas CRT Team ke tangga pertama Kumpulan B gagal apabila hanya seri 0 - 0 menjadikan SIA RRI kekal di tangga kedua Kumpulan B untuk minggu ini.

Keputusan perlawanan-perlawanan dalam Kejohanan Bolasepak Liga Subang untuk hari ini:

  • Pelangi Damansara (0) - (2) Kg Melayu Sg Buloh
  • ABC All Star (3) - (0) Otai FC
  • Ara Utama (0) - (0) SaveVillage FC
  • Subang Setia Junior FC (1) - (0) Deja FC
  • 4B PJ Tengah (0) - (2) Gajah Perdana
  • CRT Team (0) - (0) SIA RRI


Pemain 4B PJ Tengah (jersi biru/kuning) hampir menyepak pemain Gajah Perdana.


Aksi pemain CRT Team (jersi hijau/hitam) dan SIA RRI (jersi merah/hitam).


Y.B Dato' Ir Muhammad Bushro turut meluangkan masa bertemu para pemain.


Lagi gambar-gambar menarik di Galeri Foto.

8 ulasan:

  1. TAHNIAH
    KG MELAYU SG BULOH
    GAJAH PERDANA
    ABC ALL STAR
    kerana mengorak langkah dengan kemenangan game yang menarik x rugi meluangkan masa menyaksikan game ini.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama25/1/10 1:31 PG

    perlawanan diantara subsng setia jr dan deja fc berpihak pada penonton..pengadil dipengaruhi oleh penonton..sepatutnya lebih profesional,mana ada body challenge diberi penalti..mungkin pengadil takut kejadian paya jaras barat berulang..jgn risau..kita kan ada undang2..amyhow,tahniah kepada deja fc yang masih menghormati keputusan pengadil dan bersikap profesional...tahniah juga pada subsng setia jr walaupun anda menang kerana kepincangan keputusan pengadil..

    BalasPadam
  3. to organiser,we hope for next time must get more seroius in any matters.exmp.like that paya jaras barat team.this kind of team, must be ban for rest of the incoming years.they still have that `mentaliti org kampung'.it's ruins the name of the dato busro league.

    BalasPadam
  4. akmal dan asriq anda adalah lalang.nasib coach pasukan anda memang cari player yang hensem je.yang buruk di reject walaupun bagus main.

    BalasPadam
  5. eleh..dengki ar tu xdapat men..lalang pun lalang la..janji main puas..hahahah

    BalasPadam
  6. nmpak sgt ko tak hensem...wkakakak

    BalasPadam
  7. belia 4b p.j.t26/1/10 5:58 PTG

    aslkm
    knp semua yg terlibat dlm liga subang ni harap dpt mendoakan pemain(sham) belia 4b yg akan menjalani pembedahan kaki di hptl sg.buloh supaya slmt dan cpt sembuh...

    BalasPadam
  8. muka ensem ke tak, bukannya dapat main worldcup.liga subang pun dah kira ok,kalau tak harap main liga mak bapak je la..player sekarang pun banyak yang main kelab,tapi kelab malam ler..tu yang disiplin takde! ramai yang rasa diri tu pendekar,tapi berani bila ada kaum je..ni lah sifat orang melayu kita.genetik orang melayu! ubah2lah sikap jaguh kampung tu.hadiah bukan keutamaan,tapi liga ni dibuat untuk mengeratkan silaturahim! pengadil liga ni pun bukan under FIFA, jadi,faham2lah.beri sokongan pada mereka. ingatlah..kejayaan,penghormatan,bukanlah datangnya dari BAPAK,tapi datangnya dari disiplin diri.renung2kanlah.

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.