.

20 Januari 2010 - Jawatankuasa Pertandingan telah bersidang hari ini dengan memanggil pengurus pasukan PAYA JARAS BARAT bagi memutuskan kedudukan pasukan tersebut yang terlibat di dalam kejadian memukul pengadil ketika perlawanan menentang ABC ALL STAR di padang Paya Jaras Hilir pada hari Ahad yang lalu.
Baik pihak jawatankuasa mahupun pengendali blog ini telah dihujani dengan panggilan telefon bertanyakan mengenai keputusan yang memang amat dinanti-nantikan oleh semua.
Pengendali blog sendiri telah menelefon Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, En. Hamdan Bin Hashim bagi mengetahui keputusan yang telah dibuat.
Kenyataan yang dapat dikeluarkan oleh En. Hamdan adalah, setelah memanggil semua pihak yang terlibat di dalam insiden tersebut, pihak jawatankuasa telah mencapai satu kata putus. Namun ianya masih belum boleh diumumkan secara rasmi sehinggalah satu surat rasmi dikeluarkan kepada pasukan PAYA JARAS BARAT bagi menyatakan keputusan yang telah dibuat oleh pihak jawatankuasa. Selepas itu barulah pasukan-pasukan lain dalam kejohanan liga ini akan dimaklumkan. Proses ini mungkin akan mengambil masa dalam sehari dua ini.
Menurutnya lagi, pihak jawatankuasa telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan berkenaan dan berharap agar PAYA JARAS BARAT dan pasukan-pasukan kejohanan liga ini dapat menerima keputusan berkenaan dengan hati yang terbuka.
Sama-samalah kita nantikan keputusannya...


















kenapa nak tunggu sampai dua tiga hari, singkirkan terus paya jaras barat tu, baru diorg tahu, kata naib juara piala MB, tapi tak pro langsung, kalau menang manjang dalam setiap gema tp main kotor buat apa.......
BalasPadamtahniah kepada semua pasukan yang terlibat dalam liga subang, kecuali Paya Jaras Barat harus terima apa jua keputusan penganjur dan J/kuasa, tapi sokong juga kalau disingkirkan dari kejohanan ini, bagi pengajaran sikit kat diorg tu
BalasPadamok...kita sama-sama tunggu keputusan nasib Paya Jaras Barat dalam masa 2/3 hari lagi...tp ingat kalau keputusan tak memuaskan maka kejohonan ini adalah gagal sepenuhnya, kalau memuaskan maka berjayalah kejohonan ini, yang bersalah tetap bersalah, kalau dunia pun ada kes mcm ini, tetap diketepikan dari kesemua perlawanan maksudnya gugurkan terus Paya Jaras Barat tu
BalasPadamPJ BARAT mng x blh masok liga la
BalasPadamdiminta semua pihak tidak mengeruhkan keadaan..kepada fas diharap pertimbangkan la bentuk hukuman kalau boleh pasukan ini hanya didenda dgn bentuk wang tunai y maksimum dan amaran sekeras kerasnya..sayangla klu pasukan ini digantung kerana perjalanan liga telah dihabiskan separuh jalan..cuma pada tahun hadapan kemasukan pasukan paya jaras barat ini dpat dipertimbangkan
BalasPadamsingkirkn je paya jaras barat tu..
BalasPadamego pemain yg melampau-lampau juga penyokong yg sudah diiktiraf sebagai pelampau sama-sama menjayakan siri RAMBO di tengah padang. kita sama-sama renungkan... Adakah kesalahan ini terjadi diatas pasukan terlibat?? Saya pasti ada jawapannya dari anda. Semua orang tahu, tahap pengadilan kita yang kononnya mengikut ala-ala FIFA @ FAM @ FAS... Sama-sama terlibat dalam siri DRAMA menyayat hati ini.. Saya sebagai orang kiri YB menyokong sepenuhnya pengadil yang terlibat juga diGantung atau diDenda dengan secukup rasa. Kepada pihak Pengajur mahupun Datuk YB Busro pakailah spek mata yang besar dan tebal. Lihatlah adakah tahap pengadilan kita benar-benar mengikut standard sebagai hakim di padang yang punyai sijil pengadilan FAS.
BalasPadamDari: Pengkritik Bosan