Jelaskan yuran penyertaan sebelum 5 Mac

.
Musim Kejohanan Bolasepak Liga Subang kini menghampiri ke penghujungnya tetapi rupa-rupanya masih ada pasukan yang belum menjelaskan yuran penyertaan berjumlah RM 350 yang sepatutnya dijelaskan sebelum kejohanan Liga Subang ini bermula.

Justeru itu, Jawatankuasa Pertandingan telah mengarahkan semua pasukan Kejohanan Bolasepak Liga Subang yang masih belum menjelaskan yuran penyertaan kejohanan untuk menjelaskannya sebelum dan pada 5 Mac 2010.

Menurut jawatankuasa berkenaan, sebarang pembayaran selepas tarikh tersebut tidak akan diterima dan pasukan yang gagal membayar yuran akan dianggap telah memberikan kemenangan percuma kepada pasukan-pasukan lain dalam kumpulannya.

Oleh itu, pemain malah penyokong pasukan-pasukan yang terlibat digalakkan merujuk dengan segera kepada pengurus/pembiaya pasukan anda berkenaan hal penjelasan yuran ini supaya impian untuk menjuarai kejohanan liga ini tidak terbantut kerana masalah pembayaran tersebut. Harap maklum.

3 ulasan:

  1. kpd pihak penganjur:
    Harap buat tindakan bijak.Jgn hukum keputusan ini dgn memberi kesan kpd pasukan yg dah bertungkus lumus dapatkan mata..Boleh batalkan penyertaan pasukan yg tak bayar yuran jika mereka layak ke suku akhir ttp jika mrk dah terkandas,maka sudah tentu tindakan membatalkan semua keputusan terdahulu akn memberi kesan kpd kedudukan dlm kumpulan.Jadi saya cadangkan beberapa langkah:
    1. Pihak penganjur mesti b/jawab tanggung masalah ini krn sepatutnya kutipan mesti d buat sebelum sepak mula.mengapa ada double standard dlm hal bayaran yuran ini hingga membiarkan pasukan tersebut bermain dlm keseluruhan permainan.Mana bendahari @ AJK yg b/jawab kutip yuran.?
    2. Memberikan amaran keras dgn membatalkan penyertaan mereka dlm piala FA dan menyenarai hitamkan team tersebut pd kejohanan akn dtg.
    3. Heret pengurus pasukan ke mahkamah.
    Kesimpulannya semua tindakan di atas boleh & patut di buat tanpa menjejaskan kedudukan pasukan2..Fikir biar cerdik..

    BalasPadam
  2. muhammad bushro23/2/10 8:18 PG

    salam, unt makluman smua cadangan tanpa nama diatas adalah wajar, 1] unt piala fa pasukan2 ini tidak blh brmain sama sekali, 2] sya jg tlah mmaklumkn kpd fas bhwa psukan ni diambil prhatian spya musim depan tidak blh brmain skiranya bayaran tu diabaikn hngga 5 march depan 3] tidak wajar potongan mata dibuat disbbkan bbrpa pasukan yg msh brdegil tak mmbayar yuran hngga mnjejeskan kedudukan smua pasukan 4] unt makluman hanya 4 pasukan yg msh belum mnjelaskn yuran secara total. insyaallah sya akan terus mmbantu mmantau n brbincang dgn fas unt laksanakn supaya liga kita ni akan terus brjaya n termashur unt anak2 generasi subang ni. tk atas cadangan ,pandangan n teguran tuan2 slamani unt kta realisasikan liga kita.

    BalasPadam
  3. Saya pun tak faham kenapa ada pasukan yang liat sangat nak bayar yuran tu awal-awal lagi. Dah jadi macam masalah di sekolah pula jadinya bila ada ibubapa yang tak bayar yuran persekolahan dan peperiksaan hinggakan si anak tak dapat ambil keputusan peperiksaan selagi yuran tak dijelaskan. Saya lihat tidak wajar pihak penganjur dihentak sebegitu rupa dalam hal yuran ni kerana yang bermasalah adalah dari pihak pasukan. Pihak pengajur sebenarnya sudah cukup baik dan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pasukan yang belum bayar yuran sehingga membenarkan pasukan tu terus bermain hingga ke penghujung musim. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan untuk Datok Bushro kerana menganjurkan kejohanan ni. Harap Datok selalu berikan komen-komen dalam blog ni kerana di blog inilah platfom Datok untuk berinteraksi dengan pemain,pengurus,penyokong dan mereka yang mengikuti liga ni, kerana saya ada juga nampak Datok turun ke padang tapi tak nampak Datok bermesra dengan mereka yang di padang terutamanya para pemain.

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.