Noor Hisyam selamat jalani pembedahan

.

PINGGIRAN SUBANG, 02 Feb 2010 - Wakil dari pihak Jawatankuasa Penganjur dan Jawatankuasa Pertandingan menziarahi pemain pasukan 4B PJ TENGAH, Sdra. Noor Hisyam Bin Ismail, 32, yang patah tulang di bahagian buku lalinya ketika bermain di bahagian pertahanan menentang pasukan GAJAH PERDANA di padang Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Sg. Buloh (RRI) pada 24 Januari yang lalu.

Sdra. Noor Hisyam yang menjalani pembedahan di Hospital Sg. Buloh pada pertengahan minggu lepas untuk memasukkan plet bagi menyambung tulangnya yang patah, perlu mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk menjalani rawatan susulan dan proses penyembuhan.

Beliau yang sudah beristeri dan baru memulakan kerjayanya tidak sampai sebulan di sebuah agensi pelancongan setelah tamat kontrak pekerjaannya dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), terpaksa menghadapi risiko kehilangan pekerjaan sekali lagi.

6 ulasan:

  1. cantik nye rumah...x penah jemput pun kita dtg...hehehehe

    BalasPadam
  2. P/P 4B Paya Jaras Tengah3/2/10 2:01 PTG

    Salam..tkasih di atas kehadiran wakil jawatankuasa pertandinagn dan naib ketua pemuda umno bahagian subang dan ajk pemuda kerana telah melawat norhisyam.

    BalasPadam
  3. salam takziah saya ucapkan pada saudara hisyam kerana mengalami patah pergelangan kaki ketika bermain bola...disini saya ingan luahkan rasa kesal pada pemain bola sepak kita..hanay kerana hadiah yang kecil dan juga kerana mengikut dan memuaskan nafsu hingga menyebabkan kesusahan pada orang lain...sukan sebahagian dari aktiviti beriadah kita...dan jika masalah begini boleh menimpa pemain boleh menyebabkan pemain hilang punca mata pencarian..keluarga perlu ditanggung dan saya percaya masing-masing memerlukan duit...dan kepada semua fikirlah...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama4/2/10 2:11 PG

    assalamualaikum
    salam 1malaysia
    kami setuju dgn saranan abg bo.
    kepada sdr hisham kami warga ABC ALL STAR turut bersimpati atas kemalangan yg menimpa pada sdr dan kami doakan semoga sdr cepat sembuh. Diharapkan semua ini akan menjadi iktibar kepada semua pasukan. walaupun kami tau kemalangan itu berlaku kerana faktor padang ketika itu. jika ini boleh berlaku kepada sdr kita ini tidak mustahil ia juga akan berlaku pada sesiapa saja jika pasukan yang bertanding hanya memikirkan kemenangan sehingga lupa tentang keselamatan rakan2 yang lain.akibatnya seperti saudara kita ini hilang kerjaya dan punca pencarian.diharapkan pihak tertentu dapat memberi perhatian utk membantu saudara kita ini dalam apa jua aspek yang termampu.

    wasalam

    BalasPadam
  5. diharap penaung dan pengerusi liga bola sepak subang prihatin kpd pemain 4b p.jaras yang baru selesai pmbedahan kaki.kalau boleh melawat la beliau jng nampak macam lepas tangan je.mmang kmalangan brlaku luar jangkaan.tapi prihatin siket.rakyat di dahulukan.

    BalasPadam
  6. upin dan ipin8/2/10 7:26 PTG

    betul.betul.betul.....

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.