Paya Jaras Barat: Rayuan ditolak, empat digantung

.
Jawatankuasa Pertandingan FAS telah membuat keputusan menolak rayuan PAYA JARAS BARAT untuk empat orang pemainnya yang dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAS kerana terlibat di dalam insiden menumbuk pengadil ketika bertemu pasukan ABC ALL STAR di padang Paya Jaras Hilir 17 Januari 2010 yang lalu.

Rayuan tersebut ditolak kerana ianya dibuat melebihi tempoh rayuan dalam masa 72 jam yang dibenarkan selain tidak menggunakan saluran yang betul untuk mengemukakan rayuan.

Nasib juga tidak menyebelahi empat orang pemain PAYA JARAS BARAT apabila mereka digantung dari menyertai sebarang kejohanan yang melibatkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkuatkuasa dari 17 Januari 2010.

Mohd Zulfais Bin Zulkefli digantung selama tiga tahun kerana didapati menumbuk pengadil selepas menerima kad merah manakala Mohd Shahrul Helmi Bin Mujit, Mohd Saipullizam Bin Ismail dan Mohd Fazil Bin Ab Ghani masing-masing digantung selama dua tahun.

2 ulasan:

  1. semua laporan 4 pemain tumbuk pengadil adalah tidak betul...maklumat tak betul semata - mata..kami anggap pengurusan dan penganjuran....fikirla sendiri..

    BalasPadam
  2. Power Rangers Subang24/2/10 5:42 PTG

    alaa..standard la tu..bila kena kat batang hidung kita sendiri..semua orang tak betul, kita je yang betul. Macam kes ketua liwat rakyat tu la.. peguam tak kena, hakim tak kena, bukti tak kena, mahkamah tak kena..semuanya tak kena dan tak betul ikut cakap dia. Lu pun nak jadik satu spesis ke dengan dia??

    baik lu blah pergi masjid la..mamat!!

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.