.
Kelana Jaya, 29 Mac - Jawatankuasa Pertandingan FAS hari ini memutuskan untuk menerima bantahan UPTOWN SPIDER dan memberikan mata kemenangan 3-0 kepada pasukan berkenaan setelah mendapati pasukan PJBB FC melakukan kesalahan menurunkan pemain tidak berdaftar.
PJBB FC pula mengakui kesalahan yang dilakukan dan kesal dengan tindakan mereka.
Ahad lalu, selepas kalah kepada PJBB FC 7-1 dalam perlawanan pusingan pertama Piala F.A di padang RRI, UPTOWN SPIDER yang menurunkan hanya sepuluh pemain membuat bantahan rasmi terhadap pasukan PJBB FC yang didakwa menurunkan pemain yang tidak berdaftar dalam Kejohanan Bolasepak Liga Subang musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, En. Hamdan Hashim mengingatkan semua pasukan yang akan bertanding selepas ini untuk tidak mencontohi apa yang dilakukan oleh PJBB FC dan sentiasa mematuhi peraturan pertandingan yang telah ditetapkan.
Dengan kemenangan tersebut, UPTOWN SPIDER mara ke pusingan kedua dan akan bertemu MP FC pada hujung minggu ini.

kami dari pjbb - berterima kasih kepada yb , kerana membenarkan pertandingan ini dijalankan fas . fas menjalankan tugas dgn cekap kerana menipu .. mereka tidak memanggil kami untuk membela diri dan kami tidak menerima surat bantahan pun dari pihak fas ..tapi mereka kata kami menggaku bersalah dan kesal dengan tindakan kami .. ... sudah lah pegawai fas tu menipu kami masa final liga subang ..sekarang nak kenakan kami dalam piala fa pulak .. oleh kerana pihak kami tidak puas hati dgn tindakan fas ,harap dapat berjumpa dgn YB agar kami dapat menerangkan perkara sebenar.
BalasPadam