SUNGAI BULOH - Liga Subang 2009/2010 Piala Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor hujung minggu lalu menyaksikan beberapa pasukan diberi kemenangan percuma berikutan kegagalan lawan mereka hadir mengikut masa ditetapkan.
namun, aksi perlawanan terakhir Kumpulan A menjadi tumpuan apabila HYFAC menewaskan F3FC 3-1 untuk berada di kedudukan kedua kumpulan, sekaligus menidakkan peluang KELAB BOLASEPAK PEMUDA SUBANG berada di kedudukan kedua apabila hanya dipisahkan satu perbezaan gol.
Perlawanan Kumpulan B, Sabtu, SIA RRI berjaya merampas kedudukan pendahulu buat seketika apabila mencatat kemenangan 4-1 ke atas BBSB FC.
Namun, CRT TEAM di kedudukan kedua yang turun ke padang, ahad lalu kembali mendahului kedudukan setelah mencatat kemenangan 2-1 ke atas TAMAN EHSAN FC.
Selain itu, turut mencuri tumpuan adalah perlawanan di antara ABC ALL STAR dan GAJAH PERDANA di mana hanya kemenangan bakal melayakkan mereka ke suku akhir.
Tamat masa perlawanan, ABC ALL STAR mencatat kemenangan 2-1 sekali gus muncul pendahulu bagi Kumpulan C.
Dengan tamatnya perlawanan Sabtu dan Ahad lalu, lapan pasukan berjaya menempah laluan ke peringkat suku akhir liga iaitu ILMAR FC (Juara Kumpulan A), HYFAC, (Naib Juara Kumpulan A), CRT TEAM (Juara Kumpulan B), SIA RRI (Naib Juara Kumpulan B), ABC ALL STAR (Juara Kumpulan C), KG MELAYU SG BULOH (Naib Juara Kumpulan C), PJBB FC (Juara Kumpulan D) dan UPTOWN SPIDER (Naib Juara Kumpulan D).
Maklumat lanjut dan kedudukan liga boleh didapati dengan melayari laman www.ligasubang.blogspot.com. - SINAR HARIAN 02/02/2010

MOGA ILMAR FC akan terus MENANG...GO ILMAR..GOOOO....
BalasPadamILMAR FC MESTI BERTAHAN...
BalasPadamBy :Rozie RETRO
ribuan terima kasih kerana masih memberi kepercayaan dan semangat kepada kami...
BalasPadam