.
Pusingan Persahabatan Piala F.A
Pasukan KD COPS FC dan SAVEVILLAGE FC mendapat kemenangan percuma setelah pasukan lawan masing-masing telah gagal menghadirkan pemain yang cukup untuk beraksi di padang RRI.
Walaupun akhirnya pasukan GAJAH PERDANA berjaya mencukupkan jumlah pemainnya, tetapi sudah melewati masa menunggu yang dibenarkan oleh pengadil. Namun pengadil tetap memberi peluang kepada pasukan GAJAH PERDANA untuk berbincang dengan SAVEVILLAGE FC sekiranya kedua-dua pasukan sanggup untuk mengadakan perlawanan dengan masa permainan yang lebih singkat.
Peluang GAJAH PERDANA terus tertutup apabila SAVEVILLAGE FC memutuskan untuk tidak mengadakan perlawanan. Oleh itu, GAJAH PERDANA terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada SAVEVILLAGE FC.
Dengan itu, SAVEVILLAGE FC menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan suku akhir Piala F.A untuk musim ini.
Kemenangan percuma yang diperolehi oleh KD COPS FC pula melayakkan mereka ke pusingan ketiga Piala F.A dan dijangka bertemu dengan pasukan PPTSB FC.
Bagi mengisi masa yang terluang sebelum perlawanan separuh akhir Liga Subang, pasukan SAVEVILLAGE FC mengadakan perlawanan persahabatan dengan KD COPS FC.
Pengurus GAJAH PERDANA (berpeluk tubuh) berbincang dengan pengurus SAVEVILLAGE FC (kanan sekali).
PJBB FC kuburkan impian HYFAC, CRT TEAM mara ke pusingan akhir
Perlawanan separuh akhir Kejohanan Bolasepak Liga Subang di padang Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI), Sg. Buloh petang tadi memberikan jawapan kepada persoalan pasukan manakah yang akan bertemu di pusingan akhir Liga Subang pada musim ini.
Di padang F, PJBB FC yang mendahului dengan gol pertama seawal permainan, terus mengekalkan rentak permainan sehingga berjaya membenamkan lima gol lagi ke dalam gawang HYFAC menjadikan keputusan di akhir permainan, PJBB FC mengalahkan HYFAC dengan enam gol berbalas kosong.
Tidak cukup dengan hadiah enam jaringan dari PJBB FC, tiga orang pemain HYFAC juga turut menerima kad merah apabila didapati bermain dengan kasar. Kehadiran penyokong yang ramai juga nampaknya tidak membantu menaikkan semangat pemain pasukan tersebut untuk bangkit semula.
Sementara itu di padang E menyaksikan perlawanan antara CRT TEAM dan KG MELAYU SG BULOH yang berkesudahan dengan kemenangan menyebelahi pasukan CRT TEAM yang berjaya mengatasi KG MELAYU SG BULOH dengan hanya satu jaringan gol.
Tahniah diucapkan kepada pasukan PJBB FC dan CRT TEAM yang akan bertemu pada minggu hadapan di padang Paya Jaras Hilir bagi merebut kejuaraan Liga Subang dan Piala Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor.
Keputusan perlawanan pada hari ini :
SEPARUH AKHIR LIGA SUBANG

- HYFAC (0) - (6) PJBB FC
- KG MELAYU SG BULOH (0) - (1) CRT TEAM
- KD COPS FC (3) - (0) DEJA FC
- SAVEVILLAGE FC (3) - (0) GAJAH PERDANA
**PJBB**
BalasPadamooh tak setuju langsung mana boleh final kat padang yang teruk macam pdg hilir ... kita nak stadium seperti yang di janjikan ... dato ... penyokong ramai dan padang hilir teruk ...tolong bagi stadium ...YB ... TOLONG YB ....
btl tu..tuntut je tmpt yg sprt yg di janjikan... ade ke final nk buat kat pj hilir.. dh la padang teruk...tau nk cut cost je...kamon la YB.....
BalasPadamaduhai YB... penyokong ramai, takkan nak duduk tepi longkang nak sorak pula... pindah je ke stadium... 1st time, buatlah "grand" skit...
BalasPadam