.
Perlawanan pusingan kedua Piala F.A hari ini di antara MP FC dan UPTOWN SPIDER berakhir dengan kemenangan UPTOWN SPIDER 2-0.
Sementara itu, di pusingan ketiga Piala F.A, juara liga Kumpulan A, ILMAR FC tewas 1-4 kepada pasukan KELAB BOLASEPAK PEMUDA SUBANG menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat dengan keputusan seri.
Manakala perlawanan antara ARA INDAH FC dan PUNCAK ARA FC boleh dikatakan sebagai pertemuan adik-beradik kerana berasal dari kawasan yang sama apatah lagi sepanjang perlawanan, kedua-dua pasukan bermain dengan begitu bersahaja seakan-akan bermain dalam perlawanan persahabatan. Malah PUNCAK ARA FC turut meng'hadiah'kan satu jaringan ke gawang gol sendiri untuk memberikan kemenangan 4-0 kepada ARA INDAH FC.
Namun, mampukah ARA INDAH FC menundukkan pasukan SIA RRI yang berjaya mara ke pusingan suku akhir setelah menewaskan BAMBOO RIVER 2-0?
Dengan tamatnya perlawanan hari ini, lima dari lapan pasukan telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala F.A dan pasukan berkenaan adalah ARA INDAH FC, SIA RRI, KELAB BOLASEPAK PEMUDA SUBANG, HYFAC dan SAVEVILLAGE FC.
Semua permainan diadakan di padang E dan F, Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Sg. Buloh.
Keputusan penuh untuk perlawanan hari ini:
PUSINGAN KEDUA PIALA F.A
PUSINGAN KETIGA PIALA F.A

- Uptown Spider (2) - (0) MP FC
PUSINGAN KETIGA PIALA F.A
- Ilmar FC (1) -penalti- (4) Kelab Bolasepak Pemuda Subang
- Ara Indah FC (4) - (0) Puncak Ara FC
- SIA RRI (2) - (0) Bamboo River

Lagi gambar-gambar aksi perlawanan di Galeri Foto.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.