.
Mesyuarat jawatankuasa Kejohanan Bolasepak Liga Subang pada hari Ahad lepas telah memutuskan untuk memberi mata kemenangan dan 3 gol percuma kepada pasukan Subang Perdana FC, Buloh Segar FC dan Subang Setia Junior FC setelah pasukan lawan masing-masing tidak hadir di dalam perlawanan yang sepatutnya berlangsung.

Dengan ini, keputusan perlawanan masing-masing adalah seperti berikut:
- Subang Perdana FC (3) - (0) PPTSB FC
 - Buloh Segar FC (3) - (0) Kota Jaya FC
 - Subang Setia Junior FC (3) - (0) No Mercy FC
 
Sementara itu, mesyuarat yang sama juga belum dapat memutuskan tarikh perlawanan antara Taman Ehsan FC dan Puncak Ara FC serta Ara Indah FC dan LTAB yang ditangguhkan pada hari Ahad lepas kerana keadaan padang yang lecak akibat hujan lebat.

0 Ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.