Maklumkan segera jika ada masalah dengan jadual - FAS

.
"Semua pasukan diminta segera membuat surat atau berhubung terus dengan Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan FAS, En. Ainul Firdaus B. Abdul Hafiz sekiranya terdapat sebarang masalah sebaik sahaja menerima jadual perlawanan. Jangan menunggu sehingga saat akhir sebelum perlawanan, barulah hendak menyuarakan masalah."

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai FAS, En. Hamdan B. Hashim semalam berhubung masalah dengan jadual perlawanan.

Menurutnya lagi, maklumat yang tidak sampai kepada pasukan dan pemain menyebabkan berlakunya pelbagai masalah berkaitan jadual perlawanan dan antara puncanya yang dikenalpasti adalah apabila pengurus/jurulatih pasukan gagal atau lambat untuk memaklumkan berkenaan jadual perlawanan kepada pasukannya.

Lebih malang lagi apabila ada pasukan yang berurusan dengan pihak Jawatankuasa Pertandingan melalui 'orang tengah', tetapi 'orang tengah' tersebut tidak menyampaikan jadual perlawanan kepada pasukan yang diwakilinya. Oleh itu, beliau menasihatkan pasukan-pasukan yang menggunakan 'orang tengah' ini supaya sentiasa berhubung dengan wakil mereka tersebut untuk mendapatkan jadual perlawanan terkini.

Tambahnya lagi, pihak Jawatankuasa Pertandingan turut menghantar peringatan dalam bentuk SMS kepada semua pasukan, dua hari sebelum tarikh perlawanan pasukan masing-masing diadakan.

Justeru sekali lagi diingatkan kepada semua pasukan agar segera berhubung terus dengan En. Ainul Firdaus di talian 019-3693554 sekiranya terdapat sebarang masalah dalam pertandingan Liga Subang ini.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.