Keputusan Perlawanan: Sabtu, 02 Januari 2010

.
Perlawanan hari ini menyaksikan dua orang penjaga gol bernasib kurang baik kerana terpaksa keluar dari perlawanan.

Di padang RRI, penjaga gol pasukan BBSB FC terpaksa dipapah keluar setelah mengalami perlanggaran dengan pemain LTAB ketika cuba menyelamatkan bola. Manakala di padang Paya Jaras Hilir, penjaga gol Ara Indah FC dilayangkan kad merah kerana menghalang dengan kasar cubaan menjaringkan gol oleh pemain CRT Team.

Dari enam perlawanan dijadualkan, hanya lima perlawanan berlangsung manakala satu perlawanan antara pasukan Sri Indah A dan ABC All Star terpaksa ditangguhkan.

Berikut keputusan perlawanan untuk hari ini :

  • BBSB FC (1) - (0) LTAB
  • Bamboo River (3) - (3) Taman Ehsan FC
  • Puncak Ara FC (0) - (7) SIA RRI
  • Ara Indah FC (1) - (3) CRT Team
  • Pelangi Damansara (1) - (4) Gajah Perdana

Penjaga gol pasukan BBSB FC dipapah keluar setelah tidak sedarkan diri.

Pengadil mengarahkan penjaga gol pasukan Ara Indah FC keluar padang.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.