Perlawanan di padang Pasar Malam Paya Jaras minggu ini diadakan semula memandangkan keadaaan padang yang bertambah baik. Namun, hanya satu perlawanan sahaja yang berlangsung di padang tersebut iaitu antara Subang Perdana FC dan No Mercy FC.
Manakala perlawanan diantara Uptown Spider dan KD COPS FC tidak dapat diadakan kerana masalah teknikal. Jawatankuasa Pertandingan akan bermesyuarat bagi menentukan kedudukan perlawanan tersebut, Ahad ini.
Empat lagi perlawanan di dua padang yang lain berlangsung dengan lancar dan berikut adalah keputusan perlawanan untuk hari ini:
- Subang Perdana FC (4) - (0) No Mercy FC
- Kota Jaya FC (1) - (4) F3FC
- KG FC (0) - (2) Ilmar FC
- Buloh Segar FC (0) - (1) HYFAC
- KGB FC (0) - (2) Padang Kota FC
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.