.
Liga Subang hari ini menyaksikan pesta menang percuma yang diraikan oleh empat pasukan, dua di padang E, RRI dan dua di padang Paya Jaras Hilir, manakala dua perlawanan di padang F, RRI berlangsung seperti biasa.Perlawanan terakhir Kumpulan A untuk musim ini memberikan kemenangan 3-1 kepada HYFAC ke atas F3FC. Dengan kemenangan tersebut, HYFAC berjaya menidakkan peluang KELAB BOLASEPAK PEMUDA SUBANG untuk kekal di tangga kedua kumpulan. Walaupun memperolehi mata yang sama, HYFAC berjaya mengatasi KELAB BOLASEPAK PEMUDA SUBANG dengan hanya kelebihan kiraan satu jaringan.
Dalam perlawanan Kumpulan B pula, kemenangan 4-1 yang dikecapi oleh SIA RRI ke atas BBSB FC membolehkan SIA RRI merampas kembali kedudukan tangga pertama kumpulan dari CRT TEAM, namun CRT TEAM masih berpeluang untuk merebut kembali takhta kumpulan sekiranya CRT TEAM menang dalam pertemuan menentang TAMAN EHSAN FC esok di padang RRI.
Dengan tamatnya perlawanan hari ini, empat pasukan telah berjaya menempah laluan ke peringkat suku akhir liga dan pasukan-pasukan tersebut ialah ILMAR FC (Juara Kumpulan A), HYFAC (Naib Juara Kumpulan A), PJBB FC (Juara Kumpulan D) dan UPTOWN SPIDER (Naib Juara Kumpulan D).
Jangan lupa mengikuti perlawanan yang pastinya dinantikan oleh para peminat Kejohanan Bolasepak Liga Subang musim ini iaitu perlawanan Kumpulan C antara ABC ALL STAR dan GAJAH PERDANA yang akan berlangsung esok jam 5.30 petang di padang F, RRI. Walau apa pun keputusan perlawanan itu nanti, KG MELAYU SG BULOH dikatakan dalam keadaan selamat untuk menempuhi cabaran ke peringkat seterusnya sebagai naib juara kumpulan.
Berikut adalah keputusan penuh untuk perlawanan hari ini:
- KD Cops FC (3) - (0) No Mercy FC
- Deja FC (0) - (3) Uptown Spider
- Subang Perdana FC (0) - (3) MP FC
- Subang Setia Senior FC (3) - (0) Puncak Ara FC
- HYFAC (3) - (1) F3FC
- SIA RRI (4) - (1) BBSB FC
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.