Pemain CRT Team ditimpa kemalangan

.
Pemilik pasukan CRT TEAM, Sdra. Che Ramli Tausa menemani Sdra. Zunaidi dari SDMC hingga ke TMC.

KOTA DAMANSARA, 25 Februari - Pemain pasukan CRT TEAM, Sdra. Zunaidi Bin Ahmad, 36, dikejarkan ke Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya selepas terlibat dalam kemalangan di Kelana Jaya, sekitar jam 11.30 malam semalam.

Sdra. Zunaidi yang menunggang motosikal ke arah Puchong dikatakan cuba mengelak seorang pejalan kaki yang tiba-tiba melompat dan cuba melintas lebuhraya LDP berhampiran jejambat yang dikenali sebagai 'Jambatan Pulau Pinang'. Dipercayai pejalan kaki tersebut turut terkena rempuhan motosikal Sdra. Zunaidi tetapi didapati hilang dari lokasi kemalangan.

Sdra. Zunaidi hanya mengalami kecederaan di bahagian atas kiri badannya dan beliau dihantar pula ke Wad Kecemasan Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Kota Damansara pada jam 2.17 pagi tadi kerana ketiadaan wad pesakit yang kosong di Pusat Perubatan Sime Darby.

Walaupun kemalangan ini berkemungkinan akan mengakibatkan beliau tidak lagi dapat bermain di dalam Kejohanan Bolasepak Liga Subang sehingga tamat musim ini, Blog Liga Subang mendoakan agar beliau segera sembuh sepenuhnya dan kembali beraksi pada kejohanan liga musim akan datang.

2 ulasan:

  1. Bangga kalau dpt pengurus mcm crt team..sentiasa dekat dgn pemainnya baik masa suka @ duka..Di doakan semoga crt akn teruskan kemaraan..jumpa di pdg kita...

    BalasPadam
  2. semoga cepat sembuh.. semalam nampak dah turun padang bagi sokongan kepada team.. tahniah..

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.