
Pertembungan PJBB FC dan CRT Team, Ahad ini, bakal menjawab teka-teki pasukan manakah bakal menjuarai Pertandingan Bola Sepak Liga Subang Piala Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor 2009/10.
Setelah berlangsung selama lima bulan, melibatkan hampir 40 pasukan sekitar Parlimen Subang, perlawanan akhir di Stadium MBPJ, Kelana Jaya bakal menyaksikan satu pasukan bakal bergelar juara sekali gus bakal membawa pulang RM5,000 berserta piala pusingan, piala iringan, medal dan lain-lain.
Naib juara pula akan memenangi RM3,000, piala, dan medal manakala pasukan yang tewas di separuh akhir menerima RM1,000.
Semai konsep 1Malaysia
Penaung kejohanan, Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor berkata, tujuan sebenar pertandingan ini diwujudkan adalah sebagai menyahut seruan kerajaan mewujudkan belia yang sihat, di samping menekankan konsep 1Malaysia melalui kejohanan seperti ini.
Menurutnya, secara keseluruhan, beliau berpuas hati dengan perjalanan liga tersebut walaupun pertama kali diadakan dan mendapat sambutan dan sokongan baik semua pihak terutama pasukan bertanding.
“Untuk pertandingan akhir ini, kita berharap orang ramai terutama penyokong-penyokong pasukan yang beraksi di perlawanan akhir hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.
“Kita juga berharap agar kebanyakan pasukan yang beraksi dalam saingan liga ini turut hadir ke stadium untuk memberi sokongan di samping memeriahkan lagi suasana perlawanan akhir nanti,” katanya.
Menurutnya, perlawanan akhir ini juga sebagai kemuncak kepada program Juara Rakyat bagi Parlimen Subang dan berharap ia berlangsung dengan penuh kemeriahan.
Sebagai memeriahkan lagi perlawanan akhir, satu perlawanan persahabatan turut berlangsung sebelum itu melibatkan pasukan Pilihan Pemuda UMNO Malaysia menentang Pilihan Pemuda UMNO Subang.
“Bagi pasukan Pilihan Pemuda UMNO, Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin dan beberapa Ketua Pemuda negeri akan beraksi manakala bagi Pilihan Pemuda UMNO Subang, saya turut akan beraksi bersama beberapa Ketua Pemuda di Selangor,” katanya.
Punyai kualiti muncul juara
Jurulatih PJBB FC, M Gunasegaran berkata, perlawanan akhir ini pasti berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan dilihat mampu untuk muncul juara.
“Pasukan lawan di lihat mempunyai pemain-pemain yang bagus dan mampu untuk menggagalkan hasrat kami untuk bergelar juara.
“Namun, saya yakin pasukan saya mempunyai kualiti yang baik untuk muncul juara edisi kali ini walaupun beberapa pemain utama mengalami kecederaan, tapi saya harap mereka dapat pulih dan beraksi di perlawanan akhir nanti,” katanya.
Guna berkata, mereka berharap penyokong-penyokong dapat hadir beramai-ramai untuk memeriahkan perlawanan ini nanti, selain mereka juga telah menyediakan penyokong khas terdiri daripada ahli-ahli kelab untuk hadir nanti.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur terutama Yang Berhormat sendiri kerana telah menganjurkan satu liga bola sepak yang baik seperti ini, dan kami harap agar ia terus diadakan untuk masa-masa akan datang,” katanya.
Beri saingan sengit
Sementara itu, jurulatih CRT Team, Badrulhisham Abdul Halil berkata, mereka akan memberi saingan sengit dengan barisan muda yang ada untuk bergelar juara.
“Walaupun pada asalnya menyertai liga ini sekadar untuk mencuba, namun kami tidak menyangka mampu beraksi sehingga ke tahap ini.
“Saya harapkan pemain-pemain tidak gentar beraksi di perlawanan akhir dan menggunakan kelebihan yang ada untuk mencatatkan kemenangan,” katanya.
Menurutnya, beliau berharap agar penyokong-penyokong mereka dapat beramai-ramai hadir ke Stadium MBPJ untuk memberi sokongan.
“Kehadiran penyokong-penyokong dapat membakar lagi semangat pemain-pemain untuk beraksi.
“Kami turut mengucapkan tahniah kepada YB dan juga pihak penganjur kerana mencetuskan idea dan menjayakan pertandingan ini,” katanya.
Perlawanan persahabatan dan perlawanan akhir dijadualkan bermula pada jam 4 petang di Stadium MBPJ.
Orang ramai terutama penyokong kedua-dua pasukan dan peminat sukan bola sepak dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana pertandingan. - SINAR HARIAN
Setelah berlangsung selama lima bulan, melibatkan hampir 40 pasukan sekitar Parlimen Subang, perlawanan akhir di Stadium MBPJ, Kelana Jaya bakal menyaksikan satu pasukan bakal bergelar juara sekali gus bakal membawa pulang RM5,000 berserta piala pusingan, piala iringan, medal dan lain-lain.
Naib juara pula akan memenangi RM3,000, piala, dan medal manakala pasukan yang tewas di separuh akhir menerima RM1,000.
Semai konsep 1Malaysia

Menurutnya, secara keseluruhan, beliau berpuas hati dengan perjalanan liga tersebut walaupun pertama kali diadakan dan mendapat sambutan dan sokongan baik semua pihak terutama pasukan bertanding.
“Untuk pertandingan akhir ini, kita berharap orang ramai terutama penyokong-penyokong pasukan yang beraksi di perlawanan akhir hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.
“Kita juga berharap agar kebanyakan pasukan yang beraksi dalam saingan liga ini turut hadir ke stadium untuk memberi sokongan di samping memeriahkan lagi suasana perlawanan akhir nanti,” katanya.
Menurutnya, perlawanan akhir ini juga sebagai kemuncak kepada program Juara Rakyat bagi Parlimen Subang dan berharap ia berlangsung dengan penuh kemeriahan.
Sebagai memeriahkan lagi perlawanan akhir, satu perlawanan persahabatan turut berlangsung sebelum itu melibatkan pasukan Pilihan Pemuda UMNO Malaysia menentang Pilihan Pemuda UMNO Subang.
“Bagi pasukan Pilihan Pemuda UMNO, Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin dan beberapa Ketua Pemuda negeri akan beraksi manakala bagi Pilihan Pemuda UMNO Subang, saya turut akan beraksi bersama beberapa Ketua Pemuda di Selangor,” katanya.
Punyai kualiti muncul juara

“Pasukan lawan di lihat mempunyai pemain-pemain yang bagus dan mampu untuk menggagalkan hasrat kami untuk bergelar juara.
“Namun, saya yakin pasukan saya mempunyai kualiti yang baik untuk muncul juara edisi kali ini walaupun beberapa pemain utama mengalami kecederaan, tapi saya harap mereka dapat pulih dan beraksi di perlawanan akhir nanti,” katanya.
Guna berkata, mereka berharap penyokong-penyokong dapat hadir beramai-ramai untuk memeriahkan perlawanan ini nanti, selain mereka juga telah menyediakan penyokong khas terdiri daripada ahli-ahli kelab untuk hadir nanti.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur terutama Yang Berhormat sendiri kerana telah menganjurkan satu liga bola sepak yang baik seperti ini, dan kami harap agar ia terus diadakan untuk masa-masa akan datang,” katanya.
Beri saingan sengit

“Walaupun pada asalnya menyertai liga ini sekadar untuk mencuba, namun kami tidak menyangka mampu beraksi sehingga ke tahap ini.
“Saya harapkan pemain-pemain tidak gentar beraksi di perlawanan akhir dan menggunakan kelebihan yang ada untuk mencatatkan kemenangan,” katanya.
Menurutnya, beliau berharap agar penyokong-penyokong mereka dapat beramai-ramai hadir ke Stadium MBPJ untuk memberi sokongan.
“Kehadiran penyokong-penyokong dapat membakar lagi semangat pemain-pemain untuk beraksi.
“Kami turut mengucapkan tahniah kepada YB dan juga pihak penganjur kerana mencetuskan idea dan menjayakan pertandingan ini,” katanya.
Perlawanan persahabatan dan perlawanan akhir dijadualkan bermula pada jam 4 petang di Stadium MBPJ.
Orang ramai terutama penyokong kedua-dua pasukan dan peminat sukan bola sepak dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana pertandingan. - SINAR HARIAN
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.