Keputusan Piala F.A : 20 Mac 2010

.
Aksi perlawanan PADANG KOTA FC bertemu HYFAC di padang E, RRI.

Tiga perlawaan untuk saingan Piala F.A berlangsung pada hari ni di padang Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI), Sg. Buloh .

KG MELAYU SG BULOH meranapkan peluang OTAI FC untuk mara ke pusingan seterusnya apabila menang ke atas OTAI FC dengan hanya satu jaringan di dalam perlawanan pusingan pertama Piala F.A.

Perlawanan pusingan kedua Piala F.A antara pasukan PADANG KOTA FC dan HYFAC pula, berkesudahan dengan kemenangan HYFAC 1-0 melalui tendangan penalti.

Manakala pasukan SUBANG SETIA SENIOR FC dibelasah teruk oleh ARA INDAH FC dengan tujuh jaringan tidak terbalas. Buat pertama kalinya juga di dalam sejarah Liga Subang musim ini apabila pemain simpanan SUBANG SETIA SENIOR FC dikenakan kad merah apabila masuk ke dalam padang dan melakukan kekasaran terhadap pengadil.

Salah seorang pemain SUBANG SETIA SENIOR FC, Sdra. Fakhrul Azmi Mukip turut cedera parah semasa permainan apabila ligamen lututnya didapati terkoyak dan terluka lalu membengkak.

Keputusan rasmi untuk saingan Piala F.A pada hari ini:

Pusingan Pertama :
  • Kg Melayu Sg Buloh (1) - (0) Otai FC

Pusingan Kedua :
  • Padang Kota FC (0) - (1) HYFAC
  • Ara Indah FC (7) - (0) Subang Setia Senior FC

1 ulasan:

  1. macamana referee boleh menjadi salah seorang pemain hyfac?dan referee ini selalu menjadi ref utk game hyfac.kalau tidak silap namanya suhaimi.

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.