Patuhi waktu perlawanan - FAS

.
Debaran makin dirasai oleh para penyokong dan tekanan semakin dirasai pula oleh pasukan-pasukan yang akan melalui peringkat suku akhir Liga Subang pada hari Sabtu ini, 6 Mac 2010 di padang Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI).

Ketika saingan dalam Liga Subang hampir ke penghujungnya, saingan dalam Piala F.A yang akan bermula pada hari yang sama pastinya memberi satu suntikan semangat baru kepada pasukan-pasukan yang gagal untuk menjadi Juara dan Naib Juara Kumpulan Liga sebelum ini.

Terkini dari pihak Jawatankuasa Pertandingan adalah jadual perlawanan bagi hari Sabtu, 6 Mac 2010 dan hari Ahad, 7 Mac 2010 yang menyaksikan perubahan waktu permulaan perlawanan pertama di setiap padang dalam saingan Suku Akhir Liga Subang dan Pusingan Pertama dan Kedua Piala F.A dimulakan pada jam 3.45 petang. Manakala perlawanan kedua masih dimulakan pada waktu biasa iaitu pada jam 5.30 petang.

Perubahan waktu yang lebih awal tersebut mengambil kira perlawanan masa tambahan yang diperlukan sekiranya keputusan perlawanan berada dalam kedudukan seri.

Masa penuh perlawanan masih lagi kekal 35 minit untuk setiap separuh masa dan 10 minit untuk waktu rehat.

Oleh itu, semua pasukan diminta mematuhi waktu permulaan perlawanan yang ditetapkan supaya perlawanan dapat dilangsungkan dengan lancar, demikian ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, En. Hamdan Bin Hashim.

Selain itu, En. Hamdan juga ada menyatakan bahawa jadual penuh perlawanan Piala F.A akan dikeluarkan setelah tamat perlawanan pada hujung minggu ini.

Berikut adalah jadual perlawanan Suku Akhir Liga Subang serta Pusingan Pertama dan Kedua Piala F.A :

Sabtu, 6 Mac 2010

SUKU AKHIR LIGA SUBANG


ILMAR FC lwn. KG MELAYU SG BULOH
3.45 petang, RRI - Padang E

CRT TEAM lwn. UPTOWN SPIDER
5.30 petang, RRI - Padang E

ABC ALL STAR lwn. HYFAC
3.45 petang, RRI - Padang F

PJBB FC lwn. SIA RRI
5.30 petang, RRI - Padang F

PUSINGAN PERTAMA PIALA F.A

F3FC lwn. KGB FC
3.45 petang, RRI - Padang D

BBSB FC lwn. ARA INDAH FC
5.30 petang, RRI - Padang D


Ahad, 7 Mac 2010

PUSINGAN KEDUA PIALA F.A


4B PJ TENGAH lwn. GAJAH PERDANA
3.45 petang, RRI - Padang D

KELAB BOLASEPAK PEMUDA SUBANG lwn. BULOH SEGAR FC
5.30 petang, RRI - Padang D

KG FC lwn. KOTA JAYA FC
3.45 petang, RRI - Padang E

KOTAKU BERSATU FC lwn. SUBANG SETIA JUNIOR FC
5.30 petang, RRI - Padang E

LTAB lwn. BAMBOO RIVER
3.45 petang, RRI - Padang F

SAVEVILLAGE FC lwn. PELANGI DAMANSARA
5.30 petang, RRI - Padang F


2 ulasan:

  1. Tanpa Nama12/3/10 9:55 PG

    CRT TEAM PENGANJUR KEE .. ASYIK GAMBAR TEAM DIA ORG AJE BANYAK ...DARI 50 ADA 18 GAMBAR CRT PASUKAN LAIN SEMUA 3 ATAU 4 ...PJBB 1 SIA 1 TEAM YANG MAIN DGN CRT UPTOWN SPIDER ADA 2 AJE ... CAMERAMAN BUAT LAH KERJA SECARA ADIL ... KALAU CRT AJE KAMU FOCUS BUAT LIGA DGN PASUKAN PILIHAN KAMU AJE LAH ...

    BalasPadam
  2. Jurugambar Liga Subang tidak berniat atau dengan sengaja melebih-lebihkan gambar mana-mana pasukan.

    Apa yang ada dan sempat dirakam, itulah yang dipaparkan di dalam blog atau galeri foto.

    Blog Liga Subang juga sehingga kini tidak menerima walau sekeping pun gambar dari pihak pasukan mahupun peminat untuk disiarkan.

    Blog Liga Subang tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyiarkan ratusan gambar pasukan pilihan tuan sekiranya tuan mengirimkannya kepada Blog Liga Subang.

    harap maklum.

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.