Hari ini menyaksikan hanya satu perlawanan di padang Paya Jaras Hilir iaitu antara pasukan Taman Ehsan FC dan pasukan SIA RRI. Beberapa cubaan untuk menjaringkan gol oleh kedua-dua pasukan seringkali terganggu apabila hantaran bola terhenti di lopak-lopak air. Hujan telah turun di awal petang sebelum perlawanan berlangsung dan hujan turun sekali sekala semasa permainan. Perlawanan tersebut berkesudahan tanpa sebarang gol.
Manakala perlawanan seterusnya di padang yang sama antara pasukan Kota Jaya FC dan Kelab Bolasepak Pemuda Subang ditangguhkan atas permintaan pasukan.
Manakala perlawanan seterusnya di padang yang sama antara pasukan Kota Jaya FC dan Kelab Bolasepak Pemuda Subang ditangguhkan atas permintaan pasukan.
Sementara itu, di padang RRI, keadaan padang kembali pulih setelah digenangi air akibat hujan lebat semalam dan dua perlawanan yang diadakan berlangsung dengan lancar.
Berikut adalah keputusan rasmi bagi perlawanan hari ini :
- Taman Ehsan FC (0) - (0) SIA RRI
- Deja FC (2) - (0) Kotaku Bersatu FC
- Puncak Ara FC (2) - (4) Ara Indah FC

Taman Ehsan FC (jersi merah) di padang Paya Jaras Hilir.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.