Keputusan Perlawanan: Sabtu, 26 Disember 2009

.
Kesemua perlawanan yang dijadualkan pada hari ini terpaksa ditangguhkan kerana hujan yang turun dengan amat lebat sekali menyebabkan air bertakung di padang Paya Jaras Hilir dan padang RRI.

Walaupun dengan keadaan hujan yang begitu lebat, semua pasukan hadir di padang, bersiap sedia sekiranya pengadil memutuskan perlawanan boleh diadakan.


Pengadil (berbaju gelap) meninjau keadaan padang di Paya Jaras Hilir.

Pasukan Otai FC tetap bersedia dalam apa jua keadaan.

Tinjauan di padang RRI juga mendapati padang turut ditakungi air.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.