Keputusan Perlawanan: Jumaat, 25 Disember 2009

.
Lima perlawanan dijadualkan berlangsung hari ini. Dua perlawanan di padang Pasar Malam Paya Jaras telah ditangguhkan kerana keadaan padang yang masih belum kebah dari demam akibat berhujan pada minggu lepas. Ekoran dari itu, perlawanan pada hari esok, Sabtu (26 Disember) dan hari Ahad (27 Disember) turut ditangguhkan.

Sementara itu, satu lagi perlawanan antara pasukan KGB FC lwn. KG FC di padang Paya Jaras Hilir juga ditangguhkan di saat-saat akhir atas permintaan pasukan yang bertanding.

Hanya perlawanan di padang RRI sahaja yang berjaya dilangsungkan dan keputusannya adalah seperti berikut :

  • 4B PJ Tengah (3) - (1) SaveVillage FC
  • Pelangi Damansara (0) - (4) Paya Jaras Barat

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.